Wednesday, September 24, 2014

20kg. Possible or Impossible

Salam,

Turunkan berat badan sebanyak 20kg. Pada aku... IMPOSSIBLE.. kuakuakua..
Gila la nak turunkan 20kg. Ye la bagi aku org kebanyakan.. yang x mampu nak pegi Gym.. in term of financial dgn masa mana la boleh nak kuruskan badan. Hari2 pukul 6 sharp balik kerja. Sampai rumah makan2 lepastu kemas2 apa yang patut lepastu layan anak2. Celah mana nk exercise. Logik kan? Nama nak keluar pegi gym tu memang tidak mungkin sama sekali. Nanti kang anak2 kecik tu macam mana pulak. Gitu...

Ambik ubat kurus? tak berani la pulak aku.. lagi pun aku sama sekali tidak percaya sama itu ubat kurus. Makan pil x payah diet bole kurus 5kg sebulan? Please la,, sekarang ade pulak yang invent kata teknologi dari Korea, rendam kaki bole kurus 10kg sebulan? Come on..... pemalas melampau tu,,, kurus nak tapi rendam kaki je? Wallahualam....

Ok berbalik kepada Possible or Impossible.

Ini gambar kitewww masa baru kawennnn.. ihiks


mmm tapi rasa ni da mengandung sebulan kot. berat 50kg - 53kg (lepas raya. huahuahua)
 
 
Ini pulak gambar lepas beranak satu..
 
 
 
Dah berisi sikit.. Berat 55kg. Mengandung naik sampai 65kg. Lepas besalin dapat ilang 10kg je. Baju dari saiz XS/S dah kene pakai M. Ok lagi masa ni...
 
 
Lepastu, Alyaa baru 4 bulan lebih termengandung lagi.. kuikukui.. mengandung second ni selera macam raksasa. Sarapan nasi lemak sesaja. Cheese cake tu ade je standby dalam fridge. Senang kata takda control langsung. Naik lah menjadi 70kg.
 
Lepas besalin yg kedua bermulalah era kegemukan melampau, kegajahan, tong dram. Memang sangat mengerikan. Lepas besalin berat hanya turun ke 65kg sahaja. Hahahahaha. REDHA.
 
 
 
Tudia... Gajah. Ni memang 40 hari lepas bersalin. Berat 65kg.
 

 

Bile tengok balik gambar ni, aku macam,, what have you done to your body????? Geli betul.. dan.. kegemukan ini berterusan... huahuahua.. pernah la try diet sekejap. Tak makan nasi la kononnye. Turun la sekilo. Lepastu mana tahan tak makan nasi naik balik.. Try pulak atkins,, turun 2kg.. pon tak tahan. Macam tak normal pulak pola pemakanan atkins ni. Pada aku la. Pada orang lain aku tak tau. Kalau berkesan tahniah la.
 
Dan... kerana diet pon tak Berjaya terpengaruh la pulak beli corset... Beli premium beautiful tu tau tak. Tapi tak ambik full set. Ambik girdle dengan waist nipper je. Maaf la.. Tapi tak berkesan langsung. Sebab makan tak jaga. Menyeksa badan je rasa. Duit pon ye juga RM1300++ buang saja bagi aku yang tak banyak duit ni.
 
Ok PB tak berjaya try Shaklee pulak.. Tapi cuma ambik Lechitin ke ape tu dengan lagi satu yang pil warna hijau. Katanya makan pil boleh turun berat badan. Tapi jangan la harap ye... kalau tak jaga makan tatappp la tak kurus juga... And ada la juga aku ambik minuman-minuman yang boleh menguruskan katanya. Tapi minuman-minuman tu bantu buang air besar je la sebenarnye. Oh pernah gak beli losyen Felinna tu sebotol. Kan fofular masa tu... Begitu la.,..
 
Tapi tiada satu pon yang berjaya.. nak mengeruhkan keadaan lagi.. badan makin naik. hahahaha dari 65kg naik sampai 70kg. yes.. ngeri. tengok cermin rasa macam.,, ntah la,
 
 
 
Ha.. kasi besar sikit. Berat 70kg.
 
 
Dari dulu2 50kg dah jadi 70kg. 20kg naik. Memang mustahil nak turun dah. Puas try macam2 dgn corset beribu pon dah try. Tapi memamg MISI MUSTAHIL. Selama2 nya la aku berbadan tong macam ni. PASRAH. Dah malas buang duit beli ubat macam2. Semua ubat2 tu cakap tak payah diet pasti kurus 5kg sebulan la apa la. Auta je. T_T. Gambar atas ni 6 hari sebelum husband pegi outstation 3 bulan iaitu on 14th October 2013.
 
 
OK........... possible or not possible?
 
 
Dengan pemergian husband tu actually aku pasang azam.... nak try diet.. sebab bile husband ada susah nak diet sebab ye la aktiviti bersama2 kebanyakannya ialah makan2. Huahuahua.. Kita salahkan laki dengan kegemukan kita okayyy. OK, aku mmg pasang azam la. Tak tau pon bole berjaya ke tak. Tanpa sebarang ubat2 ntah pape tu.
 
 
Andddd... IT IS POSSIBLE!
 
AKu pernah give up. Pasrah. Redha and seangkatan dengannya la. Memang ingat selama2 nya la aku gemuk macam tu.
 
 
October 2013 - September 2014

I DID IT!!
 
Back to 50kg!
 
Alhamdulillah.
 
The journey.. next update!
 
Salam.

Thursday, March 13, 2014

Saya Ibu Anak Dua

Halo,

Pagi2 dekat ofis biase la belum panas enjin lagi. Kite buat benda2 lagha dulu. Haha. Sekarang aku dekat ofis baru dimana berjauhan dengan bos. Yang sebenarnye Cost & Contract Department aku sorang je kat sini. Belom dapat Manager lagi. Susah-susah naikkan le pangkat saya ni jadi Manager.. ape ade hal.. hahaha. Ye la saya ni tahun ni dah masuk 3 series.. masih executive saja,, sedeyyy

Hokay bukan itu ceritanya. Cuma sebab aku sorang2 dekat sini maka aku agak bebas. Haaaa... bahaya tu bebas2 tanpa pengawasan bos. Eh aku x mengular pi keluar jalan2 time ofis hour okayyy. Cume sekarang ni suke nau bukak folder lama2.. Tengok gambar anak2 beruang aku masa baby dulu.. auwwww rindunya masa diorang baby,, (ala biasela mak2 ayat standard la ni kan). Tapi memang betul la.. Tengok gambar diorg yang baby2 tu rase macam teringinnnn je nak ade baby lagi. Haha. tapi memang tak la dalam masa terdekat ni. Dah la haritu diorg gap setahun je. Penat mak ngkau ni.. Baru je nak rilek,, diorg dah tak bangun malam... Alyaa dah tak pakai pampers.. Tengah tunggu Didin pulak stop pakai pampers.. Bolehlah mami tarik napas lega sikit...

Ni la dua ketul pelawak hati saya...


Alyaa' Hana Farial (3 Bulan)
 

3 tahun ++
 

Aeddin Imran Farial (3 hari)
 
 
2 tahun ++.. terapung lagi haa
 
Ni la die dua org.. Awal2 dulu rase susah jugak nak bahagi kasih sayang... Asik rasa macam tak adil je dekat salah satu.. Tapi sekarang dah okay... ;). Ok lah da nak dekat 9.30. Nak start koje. ;p
 

Wednesday, March 5, 2014

2014

hello,,,

long time no see.. harharhar
tetibe teringat pulak pernah mewujudkan satu blog nih,,
try korek2 try ingat2 password.. eh boleh bukak pulak haha
kite ni bukanla pandai menulis sebenor2 Nye
saje je menggatal ;p

ok maybe boleh buat hobi baru pula selepas ini. Maybe...