Tuesday, June 23, 2015

Yatim

Assalamualaikum,

Yatim. Sesedih nama diberi. Sedih juga nasib si Yatim ni. Sebak nya bergenang dah mata.

Yatim ni anak kucing. Yang adik aku bela. Mak yang Nampak kat pasar. Masa tu yatim kecik sangat macam sebulan dua la umur ikut vet cakap. Mak kesian jadi suruh adik aku kutip and jaga sampai besar sikit dan kuat boleh lepaskan balik.

So yatim duduk la kat rumah mak. Adik letak dalam sangkar sebab kecik lagi. Alyaa hamper tiap hari balik sekolah dia mesti jenguk Yatim. Dah dua bulan jugak Yatim adik bela. Bile macam da kuat sikit sebab Nampak dia da cergas adik lepaskan. Sebab nak bagi dia bebas boleh lari2 dekat luar. Biar kuat sikit otot2 tu. Baru je dua tiga hari ni lepaskan Yatim. Tapi Yatim main2 luar sangkar tu je. Dekat car porch. Tak pegi jauh pun. Tido pon masuk sangkar balik.

Semalam petang mak ajak buka kat kampong. Masa tu dah pukul 6 petang. Nak balik kampong kat Pontian. Makanan pon tak beli lagi. Sebab nak singgah bazar Ramadhan dekat Ayer Baloi sana. So petang semalam tengah kelam kabut tu Alyaa Nampak Yatim berkeliaran dekat car porch tu. Beriya2 dia suruh keep Yatim inside the cage. Sampai Alyaa tak nak masuk dalam kereta. Aku da start hot la kan. Dah la dah lambat dia taknak masuk kereta. Insist jugak suruh masukkan Yatim dalam cage. Beriya2 suruh Paksu (adik) masukkan Yatim. Tapi memang tak la sebab memang nak biarkan Yatim bebas dekat luar. Teringat Alyaa punya beriya2 semalam memang bergenang mata ni.

Pagi tadi pukul 7am aku sidai baju dekat luar. Nampak yatim kat bawah jalan2. Biar je la kan. Tadi dah sampai office adik cakap Yatim dah takda. T_T. Dia terlanggar masa nak keluar pegi kerja. Sedihhhhhhh. Kesian... Yatim tu kecik sangat lagi. Nampak macam baby2. Aku memang terkejut sangat sebab baru je Nampak masa jemur baju tu. Mesti Alyaa cari Yatim kat sangkar dia petang ni. :(

Sebab tu aku tak suka bela pet. Sebab utama ini la. Bila dah ada emotional attachment nanti kalau dia pergi aku sedih. Tak sanggup. Memang bukan aku yang bela. Tapi sebab aku pon tengok dia hampir hari2. Aku rasa adik aku lagi devastated la. Sebab dia yang bela dia yang terlanggar.

Selamat tinggal Yatim.

Sunday, June 14, 2015

Ececece Update Lagi ke? ihik

Assalamualaikum,

Rajin pula kite ni update. Haha. Dah nak berenti ni keje pon malas2 je. Ish tidak elok ye begitu. Aku last day Jumaat minggu depan. Lepas tu Ahad nak gerak ke Kajang dah. Sedih sangat sebenarnya hati ni. Walaupun kerja dekat sini setahun sepuluh bulan sahaja tapi aku suka kerja sini. Colleague ok.. bosses ok.. workload pon ok.. Ade la pening sana sini, hiccup sana sini. Tapi so far Alhamdulillah boleh manage. Bos pon membantu (guide dengan betul).

Aku ni pulak memang la bukan jenis nak lompat kerja sana sini. So nak masuk tempat baru ni seram sangat sebenarnya. Dua benda je yang aku risaukan, Bos & Colleague. Kerja aku rasa boleh manage. Maybe takes time nak familiarize dengan procedures. Say 1 month. Lepastu InsyaAllah. Cuma perangai bos dengan colleague tu yang aku tak tau. Uhuk.

Tapi takpela. Aku pon malas la asik pikirkan pasal ni nanti risau memanjang. Risaukan budak dekat school baru lagi. Kesian diorang. Sebab diorang sayang kawan2 dekat sini. Tapi nak buat macam mana. Kena ikut dedi. uwaaaaaa. Sayang nak tinggalkan JB yang sempoi2 ni. Kat KL nun serabut la. Sayang nak tinggal parents dekat sini. Nanti weekend takde tempat nak lepak. Kang balik2 lepak shopping mall. Bankrap akak (sigh...).

Apa2 pun, July please be good to me!

Ok, Khamis malam lepas balik Kajang. Janji dengan budak2 nak pegi Aquaria. Dulu aku pegi Aquaria masa zaman belajar kalau tak silap. Dulu kalau ada MyKad RM28 per adult. Sekarang RM40 per adult. Utk budak RM30/pax. Tapi dia ada buat promo untuk AEON member card. So untuk 2 purchase of adult tickets boleh dapat 50% off untuk budak punya tiket maximum 2 tiket. Faham. Kira sepatutnya total (40+40+30+30=140) tapi aku bayar (40+40+15+15=110). Kira macam tiket budak lagi satu free la. gituuuuu.

Dulu pegi masa dah besar2 so tengok dengan takde perasaan sangat. Ada la terkagum2 macam tu. Ye la tengok ikan pelik2 saiz dah sama macam badan aku ni. Dengan tengok jaws Nye. Tapi kagum2 dalam hati je kan. Kontrol la ayu khennnnn. Ni sebab pegi dengan kanak2 umur 5 dan 4 tahun best la sikit sebab boleh excited lebih2 sikit. Huahuahuahaua. Sebenarnya mami teruja so bole cover keterujaan tu dengan tunjuk2 dekat Alyaa n Didin. hihihihihi

Sedikit gambar untuk simpan2. :)


Matahari memancar. Kesilauan budak2

 
Tengah tunggu mami pegi toilet. Dedi suruh posing la tu

Apa2 je la

Mami yang beratur. Nasib baik kitorang awal. Aquaria bukak pukul 10.30. Pukul 10.00 kitorang sampai. Aku beratur no dua. Nak dekat 10.30 tu dah panjang dah. Ramai orang rupanya. Ingatkan Aquaria ni dah lama dah tak ramai orang dating. Hahahaha. Oh tu Didin tengah merengek2 mintak dukung. T_T

 Masuk-masuk je ade kolam rendah ni. Memang untuk visitor celup2 tangan. Boleh sentuh ikan dalam tu. Baby Shark. Tapi saya memang tak berani. kihkihkih. Ade jugak belangkas, lobster dengan ikan2 kecik.
 
?

 Dalam ni ikan arapaima. Nampak tak belakang tu ikan arapaima beeeesaaaaarrrrrrrr. Jauh lagi besar dari aku. Tapi laki aku kata tu patung sebab tak gerak2. Ye ke? (pandang sinis). Takpe lagi 8 tahun kalau aku dating aku tengok dia gerak ke tak.
 
 
Shark!

 Terjakun2 aku. Tapi panggil2 Alyaa or Didin la nak cover jakun. Huahauahua
 
Walkalator tu gerak slow sangat. Kira nak suruh orang menghayati ikan2 dalam akuarium tu. Nak cepat jalan la sendiri.

Big sting ray!. Rasa lebar dia ujung ke hujung tu 1m lebih. Nampak macam terbang dalam air

Ade turtle! Comel je tengok
 
 Garden eel. Kecik je macam cacing. Aku geli binatang macam cacing ni. Euww
 
 Akuarium tinggi. Dalam macam ikan lampam. Hahahaha
 
Kuda laut. Kecik je. Besar tapak tangan Alyaa je kot.
 
 
Ok la tu je.
 
Fin.
 

Wednesday, June 3, 2015

Didin Imran

Assalamualaikum.

Harini hari Rabu. Kita da resign tadi. uhahaha.. eh tapi bukan nak cerita pasal resign.. nak cerita pasal baby besar saya tu..

Anak no. 2 aku yang umur nak masuk 4 tahun tu,, buat masa ni dia la bongsu. Dia la baby. Dia la penghibur hati mami. Tengok muka dia pon mami dah senyum2. Obses betul. Hoho.

Didin ni tak rajin macam Alyaa yang asik berkepit dengan buku. Tulisan cantik. Sangat neat dan berhati. Kalau mandi, aduhaii,,, lama,, gosok badan slow2,, Sangat gegirl la pendek cerita. Didin ni memang asal boleh je. Tulisan nauzubillah. Urut dada mami tengok. Baca buku baru 2 muka surat mula dah tak boleh concentrate. Dia da start capai kereta la lori la (oh btw favourite dia lori) Senang kata daya konsentrasi dia sangat nipis. Nipis ke? Boleh la. Tapi Didin ni kelakar. Time naughty memang jadi tarzan jugak aku.

Antara dialog mami dgn Alyaa & Didin:-

Alyaa : Mami, can I keep pet?

Mami : What kind of pet u want to keep?

Alyaa : Rabbit!

Didin : I also want to keep pet

Mami : What kind of pet?

Didin : Lion!

Mami : What? No

Didin : How about snake?

Mami : Euwww no didin. That is not a pet.

Didin : How about tiger?

Mami : Hahaha. No Didin. All that is a wild animal. Not a pet.

Didin : (Muka sedih. Mata bergenang)

Aku gelak je tengok muka dia cebik2 tu.


oh lagi, Didin ni suka cakap main hentam keromo je

Mami : I love you so much adik (Didin)

Didin : I love you so much fun.

Errr,,, maybe dia cuba combine dengan ayat I had so much fun. Maybe. T_T


lagi satu

Mami : Do you love me?

Didin : Yes

Mami : How much?

Didin : I love you two ringgit shop

okayyyy. whatever Didin. No matter what, I still love you baby. ;)


 
Denda. Mami letak muka buruk dia. huahuahuahua