Sunday, June 14, 2015

Ececece Update Lagi ke? ihik

Assalamualaikum,

Rajin pula kite ni update. Haha. Dah nak berenti ni keje pon malas2 je. Ish tidak elok ye begitu. Aku last day Jumaat minggu depan. Lepas tu Ahad nak gerak ke Kajang dah. Sedih sangat sebenarnya hati ni. Walaupun kerja dekat sini setahun sepuluh bulan sahaja tapi aku suka kerja sini. Colleague ok.. bosses ok.. workload pon ok.. Ade la pening sana sini, hiccup sana sini. Tapi so far Alhamdulillah boleh manage. Bos pon membantu (guide dengan betul).

Aku ni pulak memang la bukan jenis nak lompat kerja sana sini. So nak masuk tempat baru ni seram sangat sebenarnya. Dua benda je yang aku risaukan, Bos & Colleague. Kerja aku rasa boleh manage. Maybe takes time nak familiarize dengan procedures. Say 1 month. Lepastu InsyaAllah. Cuma perangai bos dengan colleague tu yang aku tak tau. Uhuk.

Tapi takpela. Aku pon malas la asik pikirkan pasal ni nanti risau memanjang. Risaukan budak dekat school baru lagi. Kesian diorang. Sebab diorang sayang kawan2 dekat sini. Tapi nak buat macam mana. Kena ikut dedi. uwaaaaaa. Sayang nak tinggalkan JB yang sempoi2 ni. Kat KL nun serabut la. Sayang nak tinggal parents dekat sini. Nanti weekend takde tempat nak lepak. Kang balik2 lepak shopping mall. Bankrap akak (sigh...).

Apa2 pun, July please be good to me!

Ok, Khamis malam lepas balik Kajang. Janji dengan budak2 nak pegi Aquaria. Dulu aku pegi Aquaria masa zaman belajar kalau tak silap. Dulu kalau ada MyKad RM28 per adult. Sekarang RM40 per adult. Utk budak RM30/pax. Tapi dia ada buat promo untuk AEON member card. So untuk 2 purchase of adult tickets boleh dapat 50% off untuk budak punya tiket maximum 2 tiket. Faham. Kira sepatutnya total (40+40+30+30=140) tapi aku bayar (40+40+15+15=110). Kira macam tiket budak lagi satu free la. gituuuuu.

Dulu pegi masa dah besar2 so tengok dengan takde perasaan sangat. Ada la terkagum2 macam tu. Ye la tengok ikan pelik2 saiz dah sama macam badan aku ni. Dengan tengok jaws Nye. Tapi kagum2 dalam hati je kan. Kontrol la ayu khennnnn. Ni sebab pegi dengan kanak2 umur 5 dan 4 tahun best la sikit sebab boleh excited lebih2 sikit. Huahuahuahaua. Sebenarnya mami teruja so bole cover keterujaan tu dengan tunjuk2 dekat Alyaa n Didin. hihihihihi

Sedikit gambar untuk simpan2. :)


Matahari memancar. Kesilauan budak2

 
Tengah tunggu mami pegi toilet. Dedi suruh posing la tu

Apa2 je la

Mami yang beratur. Nasib baik kitorang awal. Aquaria bukak pukul 10.30. Pukul 10.00 kitorang sampai. Aku beratur no dua. Nak dekat 10.30 tu dah panjang dah. Ramai orang rupanya. Ingatkan Aquaria ni dah lama dah tak ramai orang dating. Hahahaha. Oh tu Didin tengah merengek2 mintak dukung. T_T

 Masuk-masuk je ade kolam rendah ni. Memang untuk visitor celup2 tangan. Boleh sentuh ikan dalam tu. Baby Shark. Tapi saya memang tak berani. kihkihkih. Ade jugak belangkas, lobster dengan ikan2 kecik.
 
?

 Dalam ni ikan arapaima. Nampak tak belakang tu ikan arapaima beeeesaaaaarrrrrrrr. Jauh lagi besar dari aku. Tapi laki aku kata tu patung sebab tak gerak2. Ye ke? (pandang sinis). Takpe lagi 8 tahun kalau aku dating aku tengok dia gerak ke tak.
 
 
Shark!

 Terjakun2 aku. Tapi panggil2 Alyaa or Didin la nak cover jakun. Huahauahua
 
Walkalator tu gerak slow sangat. Kira nak suruh orang menghayati ikan2 dalam akuarium tu. Nak cepat jalan la sendiri.

Big sting ray!. Rasa lebar dia ujung ke hujung tu 1m lebih. Nampak macam terbang dalam air

Ade turtle! Comel je tengok
 
 Garden eel. Kecik je macam cacing. Aku geli binatang macam cacing ni. Euww
 
 Akuarium tinggi. Dalam macam ikan lampam. Hahahaha
 
Kuda laut. Kecik je. Besar tapak tangan Alyaa je kot.
 
 
Ok la tu je.
 
Fin.
 

No comments:

Post a Comment